Thursday, October 16, 2014

rajuk.

tak kira lah. walau apapun yang terjadi, seharusnya keluarga datang dulu. tak wujud kita ini kalau bukan kerana Kun-Fa-ya-Kun tuhan yang satu. tapi tak terbentuk insan kalau bukan dari hasil diberanakkan keluarganya sendiri. aku orang yang percayakan akan pembentukan seorang individu lahir daripada gaya keluarga yang mencoraknya.

jika lurus keluarga, lurus lah dia. jika bengkok, sebegitulah juga. hanya keadaan yang terdesak yang membuktikan teori ini salah. apabila ahlinya bertindak melebihi daripada bulatannya yang lain lalu cuba membentuk jati dirinya yang tersendiri. itu cerita lain.

apa-apapun. keluarga pada aku merupakan kelompok mikro peradaban manusia, setingkat bawah daripada kelompokan yang lebih besar. Punya ketua, Pengurus, Pembajet, Pertahanan dan Perhubungan. Maka, setiap ahlinya tetap menjadi ahli biasa tetapi punya fungsi kepada bulatan yang dinamakan keluarga.

dan aku jenis yang percaya, apa-apapun keluarga datang dulu. pada aku, sekitar yang lain tidak penting jika keluarga aku sendiri tidak didatangi dahulu. jika adik berkata dia hendakkan sesuatu, dan aku yakin bahawa dia telah melayakkan dirinya untuk mendapatkan apa yang dihajati, dan aku termampu untuk memilikinya. aku letakkan kehendaknya melebihi aku diri sendiri. Pada ibu, jika dia katakan dia lapar, dan dalam kocekku punya RM20. Aku bagi terus semuanya sehingga kenyang kerana aku berbaki hutang dengan ibu yang susukan aku hingga kenyang dari aku terbit anak mata sehingga aku gagah berdiri, memanjat dan berlari.

sebab itu, aku tak pernah merasakan urusan duniaku yang penuh dengan lagha penting. melainkan aku benar-benar yakin bahawa semuanya telah aku tumpukan sepenuh sayang. baru aku minta izin untuk urusan hidupku pula. kawan-kawan boleh tunggu, bola boleh ulang tayang, kerja bukannya hidupku.

sebab keluarga kita yang sejak kita lahirkan hanya satu, selepas mereka tiada. tiadalah pengganti. aku benar melihat melalui selakan hidup aku sendiri betapa hilangnya satu keluarga tatkala habis nafas salah satu ahlinya. kita merasakan yang diam itu tidak berguna dalam keluarga, tetapi dia tetap pemenuh ruang, di agah sejak lahir, dicubit tika anak kecil montel, diajar hingga pandai. kehilangan tetap akan dirasai.

sebegitu juga kejayaan hendaklah dirai. kerana, seperti yang aku kata, setiap kejayaan ahlinya bererti sumbangan kepada tunjang keluarganya. secara tidak semena satu kehormatan timbul yang melonjakkan rasa syukur akan kebolehan keluarga ini untuk membentuk seorang insan yang mampu bersaing dengan kelompok-kelompok lain. jadi munasabahlah jika sedikit suka dan sayang diberikan sebagai tanda. bukannya kelonjakan teriak ingin mendambakan lagha kelompok yang tiada urusan makannya minumnya dengan kita. itu. lain kali tetap ada.


puas hati menulis.

No comments:

Post a Comment